pengajian Al-Quran, bertalaqqi, ilmu tajwid, iqra
untuk org dewasa dan kanak-kanak
mengaji secara ONLINE
add Yahoo! Messenger : jementah_cemerlang@yahoo.com
Sekiranya anda ingin menyumbangkan kitab-kitab, buku-buku, al-Quran atau apa-apa cetakan untuk pembangunan Jementah Cemerlang Centre bolehlah diposkan terus ke alamat yang dipaparkan di web blog.
sumbangan berupa tunai atau cek boleh di masukkan ke akaun
RHB bank ini: 1-51209-0002099-9
Pesanan Imam Al-Ghazali
" Yang jauh itu masa ,yang dekat itu mati,
yang besar itu nafsu,yang berat itu amanah,
dan yang indah itu solat"
Selamat menyambut Maulidur Rasul s.a.w
Iklan
Rumah teres untuk dijual lot Bumiputra taraf lot hakmilik kekal
Lokasi Tmn Skudai Johor Bahru 20 minit dari bandar JB.
5 bilik, dapur berkabinet penuh, depan dan belakang rumah telah disambung siap renovate dalam dan luar rumah. berhawa dingin (aircond)
Harga untuk dijual RM 180,000.00
Selamat menyambut hari Ramadan yang jatuhnya pada hari Ahad 24hb.sept. 2006.Selamat bepuasa bersama keluarga. Selamat Hari Raya Aidilfitri jatuhnya, hari Selasa 24hb.Oct 2006 keampunan dan kamaafan saya pohonkan dari semua. Semoga anda semua terus cemerlang.
| Website atau blog yang dipaparkan adalah laman website peribadi yang bukan bertujuan untuk menyingung perasaan pihak lain sama ada yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Diwujudkan sebagai wadah dan alternatif perkongsian ilmu bagi menjalinkan persahabatan di dalam era dunia global. Segala karya dan nukilan kreatif serta foto foto yang dihantar ke dalam laman website ini adalah hak milik penulis asal dan perlu mendapat keizinan, sekiranya ada pihak yang mahu menerbitkannya semula. Namun demikian, terdapat sebahgian artikel yang dikirim dari sumber "forwarded emails" dan internet yang luas dan kami tidak dapat menjejeaki penulis asal. Dari itu, setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pemilik sebenar artikel tersebut. Harapan kami walau siapapun diri anda dan di mana pun anda berada, semoga ilmu yang disebarkan mendapat keredaannya dan dimunafaatkan dengan sebaiknya bagi sesiapa yang membacanya. |
Penghargaan
|
Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru Al-Quran saya yang telah mendidik saya dengan tekun dan penuh kesabaran sehingga saya dapat menamatkan pengajian Al-Quran.
Guru Al-Quran saya secara bertalaqqi dan musyafahah Yang Mulia Ungku Haji Zakaria bin Yang Mulia Ungku Haji Abd. Rahman (Setiausaha Sulit D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor).
Guru penyemakan ilmu tajwid dan bacaan Al-Quran saya secara musyafahah Tuan Haji Zakaria bin Majib (Guru Al-Quran dan tajwid Johor Bahru).
Penghargaan kepada pengerusi membudayakan Al-Quran dan guru Al-Quran negeri Johor Tuan Haji Ustaz Cikgu Mohd Zain (Pusat Islam Negeri Johor).
Terima kasih kepada pesatuan Qura' daerah Johor Bahru dan negeri Johor Darul Takzim.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang lain di Malaysia atau di Singpura yang telah sudi menegur dan menunjuk ajar kepada saya dengan gigih dalam memahami ilmu tajwid dan bacaan Al-Quran'
▪Holy Quran
|
Adab-adab membaca Al-Quran, Hukum membaca Al-Quran atas orang yang berhadas, Hukum orang junub membaca Al-Quran.
Adab-adab membaca Al-Quran
1.Hendaklah suci dari hadath kecil dan besar.
2.Badan, tempat dan pakaian hendaklah suci dari najis.
3.Didalam keadaan diri yang bersuci iaitu berwudhu.
3.Mengadap Qiblat.
4.Meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi (miqra' atau rehal)
5.Menutup aurat (wajib) dan jangan duduk bersila punggung.
6.Sebelum memulakan membaca Al-Quran disunnahkan bersiwak iaitu bersugi (membersihkan mulut), sebaiknya membaca doa yang dianjurkan oleh Ulama iaitu: "Ya Allah berkahilah aku dengan bersiwak ini wahai yang Maha Pengasih lagi Penyayang".
7.Hendaklah tenang, penuh khusu dan tawadhu seolah berhadapan dengan guru dan jangan tergopoh-gapah.Inilah yang sempurna.
8.Merenongkan isi kandongan dan perhatikan hukum-hukum tajwid dan sifat-sifatnya. Seperti Firman Allah yang bermasud "Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka hendaklah kamu mendengar dan diam memperhatikannya mudah-mudahan kamu mendapat rahmat".
9.Apabila hendak mengambil atau membawa Al-Quran hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan dihantarkan dahulu dikepala kemudian kedada. Sebelom membacanya hendaklah membaca doa penerang hati yang dianjurkan ulama.Apabila bertemu dengan ayat mengandungi ancaman siksa dan azab neraka, hendaklah baca doa minta perlindungan kepada Allah.
Hukum membaca Al-Quran atas orang yang berhadas
Sepakat ulama membolehkan orang yang berhadas kecil membaca Al-Quran dan disunatkan berwudhu.Tetapi mereka telah berselisih pendapat bagi orang yang berhadas besar. Disini dinyatakan mengikut madzhab imam-imam Mujtahid.
1.Madzhab Hanafi mengatakan haram walaupun sedikit.
2.Madzhab Maliki mengatakan boleh kalau bacaan yang sedikit. Ada riwayat yang lain dibolehkan tanpa syarat.
3.Madzhab Hanbali mengatakan haram. Ada satu riwayat daripada Imam Ahmad jika sekiranya perempuan yang haidth itu berhajat kepadanya (membaca Al-Quran) maka tidak perlu tunggu suci (dibolehkan).
4.Madzhab Syafie pula terbahgi kepada dua pendapat. Huraiannya seperti berikut:
1.Pendapat yang masyur dalam madzhab Syafie mengatakan haram walaupun sedikit dengan niat membaca Al-Quran. Pendapat ini telah disepakati oleh Imam al-Nawwawi, Imam al-Rafie, Ibnu Hajar al-Asqalani dan al-Ramli. Mereka berdalilkan hadith Rasullah saw antaranya:
a. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Janganlah hendaknya orang yang berjunub dan orang yang haid itu membaca sesuatu daripada Al-Quran" (Riwayat al-Baihaqi)
b. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Janganlah hendaknya orang yang haid dan orang yang nifas itu membaca sesuatu daripada Al-Quran". (Riwayat al-Daruqutni).
Perhatian: Kedua-dua hadith tersebut adalah hadith dhaif disisi semua Ulama-Ulama hadis.
2.Pemdapat yang kedua mengatakan harus bagi orang yang berhadas besar membaca seluruh Al-Quran. Pendapat ini diriwayatkan oleh al-Haitami dalam kitab al-Iyad Syarhur Ubab bahawa Ibni alMundzir dan al-Darimi memilih apa yang diriwayatkan Ibnu Mas"ud dan lainnya bahawa boleh bagi orang haid membaca seluruh Al-Quran. Imam Bukhari juga ada meriwayatkan pendapat Ibnu Mas"ud ini bahkan beliau sendiri berpendapat seperti ini.
Mereka menolak hadis-hadis yang dinyatakan tersebut untuk dijadikan sebagai hujah kerana kedudukkan (martabat) hadis tersebut sebagai hadis yang "Dhaif" secara sepakat Ulama Hadis.
Mereka berhujah bahawa pada zaman Rasulullah saw ramai wanita yang kedatangan haid, jika sekiranya diharamkan keatas mereka membaca Al-quran sebagaimana diharamkan sembahyang maka tentulah baginda telah menerangkan kepada umatnya serta mengajarkannya kepada isteri-isteri baginda. Tetapi tidak ada seorang pun daripada Ummahatul Mu'minin yang meriwayatkan daripada Rasullah saw bahawa diharamkan keatas perempaun yang haid membaca Al-Quran.
Maka dengan hujah tersebut, mereke berpendapat bahawa tidaklah diharamkan atas perempuan yang haid membaca Al-Quran.
Kesimpulan Wallahu A'lam:
Saya katakan bahawa jika seseorang itu jarang membaca Al-Quran atau membacanya kerana sesuatu majlis tertentu sama ada majlis kesyukuran atau sebaliknya maka pendapat yang pertama layak baginya. Adapun jika seseorang itu membaca Al-Quran setiap hari atau menjadikan Al-Quran teman hidupnya maka harus baginya membaca Al-Quran ketika haid.
Orang junub membaca Al-Quran
Golongan yang berkata bahawa orang junub tidak boleh membaca Al-Quran atau menyebut nama Allah, beralasan dengan hadis-hadis yang semakna hadis berikut ini.
Makna.Tidak (boleh) orang junub dan tidak pula perempuan haid membaca Quran
Dari hadis ini mereka mengambil kesimpulan:"tidak boleh orang junub membaca Quran" bagitu juga perempuan yang kedatangan haid.
Dilain hadis ada diterangkan bahawa walaupun "satu ayat Quran atau satu huruf " tidak boleh orang junub membacanya.
1.Bantahan kami atas keterangan golongan yang tidak membolehkan itu:
Hadith tersebut tidak sah, kerana dalam jalan riwayat(sanadnya) ada seorang yang lemah:namaya Ismail bin Ay-yasy bin Muslim kata Abdullah bin Ahmad (iaitu anak Imam Ahmad bin Hanbal): "aku ajukan kepada ayahku, satu hadis yang menceritakannya oleh Al-Fadl-l bin Ziyad kepada kami, (ia berkata) telah menceritakan kepada kami, Ibnu 'Ay-Yasy, dari Musa bin Uqbah,dari Nafi', dari Ibnu Umar sampai kepada Nabi saw. 1)….. (1 bunyi hadis seperti diatas) maka ayah berkata "hadis ini tidak benar"…lihat kitab Tahdzibut-Tahdzib 1:325 dan Mizanul-l'tidal 1:112.
Ibnu'Ay-Yasy itu ialah Ismail bin Ay-Yasy. Tentang benarnya hadis itu diterangkan dalam Mizanul-I;tidal 1:112 kerana kefahaman dari Ismail bin Ay-Yasy.
Kata Ibnu Hibban "Ismail itu banyak berbuat kesalahan dalam hadis yang diriwayatkannya kerana itu, terkeluarlah ia dari batas untuk dijadikan hujah".
Banyak lagi kelemahan Ismail yang diunjukkan ulamak-ulamak seperti Ibnu Ma'in, Bukhary, Abu Hatim, dan lain-lain. Lihatlah kita Tahdzibut –Tahdzyid dan Mizanul-I'tidal itu.
2.Hadis itu dan yang semakna denganya, ada diriwayatkan oleh imam imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy, Nasa'l, Ibnu Majah, Abun Ya'la dan Daraquthny. Tetapi diantara bagitu banyak yang meriawayatkan, tidak ada satu pun yang sah.
3.Oleh kerana tidak ada hadis sah yang mengharamkan orang berjunub membaca Quran atau menyebut nama Allah sebagaimana ternyata pada no1 dan 2 ,maka bererti tidak ada keterangannya.Kerana tidak ada keterangan, maka kita kembali pada pokok.
Pokok keterangan, ialah "boleh' orang junub membaca quran.
Pendapat ini dikuatkan dengan riwayat berikut:
Makna: Kata Aisyah: "adalah Rasulullah saw mengingat (menyebut) Allah dalam semua keadaannya. (Muslim)
Dalam kata-kata "semua keadaannya termaseuk keadaan berjenabat"
Dalam kata-kata "mengingat (menyebut)" itu termasuk "pembacaan Quraan"
Menurut keumuman riwayat ini, dalam sekalian keadaan Nabi saw, baik diwaktu tidak berjenabat, berwudhu dan atau ketika tidak berwudhu dan dalam berjenabat, Rasululluh saw biasa atau pernah mengingat Allah dan membaca ayat-ayat Quran.
Untuk mengecualikan keumuman riwayat ini, perlu ada keterangan yang kuat, sedang dari perbicaraan diatas, kita telah ketahui tidak adanya. Oleh kerana ini, tetap riwayat Aisyah tersebut terpakai menurut umumnya.